Penganggur Didenda Kerana Hina


KOTA KINABALU:
Seorang wanita penganggur didenda sebanyak RM25 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghina dan menjejaskan imej seorang suri rumah melalui pesanan aplikasi WhatsApp serta memuat naik komen berunsur jelek.

Tertuduh, Luisa Luis, 27, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali di Kota Kinabalu pada hari ini.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM25 di bawah Seksyen 8(1)(b) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil, selain memberi peringatan supaya tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama pada masa hadapan.

Tertuduh yang diwakili peguam Datuk Ram Singh mengaku bersalah terhadap satu daripada dua pertuduhan yang dibacakan ketika prosiding mahkamah.

Difahamkan, pada 27 Februari lalu, Luisa turut dikenakan denda RM25 bagi kesalahan yang sama, selepas pertuduhan asal di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan bunuh diturunkan kepada Seksyen 8(1)(b) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil.

Ugutan tersebut dipercayai ditujukan kepada seorang suri rumah, Siti Noor Liyana Abd Latif Beldram, 37.

Rekod mahkamah juga menunjukkan tertuduh pernah berdepan beberapa kes berkaitan penghinaan sebelum ini.

Pada 10 Jun 2024, Luisa didenda RM5,000 di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menghantar komen jelek terhadap bekas Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Fairuz Renddan, di ruangan komen Facebook.

Pada hari yang sama, beliau turut didenda RM3,000 di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan oleh Mahkamah Majistret kerana menggunakan perkataan kesat yang mengaibkan melalui aplikasi WhatsApp.

Kesalahan sama dilaporkan berulang apabila pada 28 Jun 2024, Luisa sekali lagi didenda RM3,800 di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan oleh Mahkamah Majistret.

Sumber: Sabah Media, 5 Mac 2026

Ikuti kami di Whatsapp
https://whatsapp.com/channel/0029VbBMcA2Id7nDqyjW4B1q

Related

Sabah 2296057520943606582

Post a Comment

emo-but-icon

Follow Us

Popular

Terbaru

Komen

Side Ads

Text Widget

Connect Us

item