Dua Kontraktor LPB Sabah Dikenakan Penalti RM31.8 Juta
KOTA KINABALU – Kerajaan mengenakan penalti ganti rugi tertentu dan ditetapkan (LAD) berjumlah RM31.8 juta terhadap dua kontraktor projek Le...
KOTA KINABALU – Kerajaan mengenakan penalti ganti rugi tertentu dan ditetapkan (LAD) berjumlah RM31.8 juta terhadap dua kontraktor projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang gagal menyiapkan kerja mengikut jadual asal.
Ahmad Maslan berkata, sebanyak 23 pakej kerja dikenal pasti mengalami kelewatan pelaksanaan berbanding perancangan awal projek infrastruktur berkenaan.
Menurut beliau, kelewatan tersebut dipengaruhi beberapa faktor termasuk keadaan cuaca tidak menentu, cabaran pengambilan balik tanah, isu pengalihan utiliti serta prestasi kontraktor di tapak projek.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Edward Linggu Bukut dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Negara berhubung jumlah pakej yang lewat siap dan nilai penalti dikenakan.
Bagi perkembangan semasa, fasa 1A yang melibatkan 16 pakej kerja kini mencapai kemajuan 86.6 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2027.
Sementara itu, fasa 1B yang merangkumi 19 pakej kerja berada pada tahap kemajuan 13.56 peratus dan disasarkan siap pada suku keempat 2028.
Kerajaan turut melaksanakan penyelenggaraan rutin secara lebih agresif termasuk pembaikan jalan rosak serta mewajibkan kontraktor menyediakan pelan pengurusan trafik yang lebih efektif bagi mengurangkan gangguan kepada pengguna.
Jajaran yang siap akan dibuka lebih awal sebagai laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan tanpa perlu menunggu keseluruhan fasa disiapkan.
Bagi fasa 2 melibatkan jajaran Tamparuli ke Ranau sepanjang 98 kilometer, projek tersebut masih di peringkat perancangan dan pelaksanaannya bergantung kepada keupayaan kewangan kerajaan kerana tidak melibatkan kutipan tol.
Sumber: Info X, 3 Mac 2026
Ikuti kami di Whatsapp https://whatsapp.com/channel/0029VbBMcA2Id7nDqyjW4B1q
