Dakwaan ‘Kawal Malaya’ Tidak Berasas


KOTA KINABALU – Dakwaan kononnya ‘Blok Borneo’ mahu mengawal Malaya disifatkan sebagai usaha untuk melenyapkan perjuangan menuntut pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Pemuda Nasional Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Felix Joseph Saang berkata naratif berkenaan amat mengelirukan dan sengaja dimainkan bagi menafikan hak serta tuntutan sah Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, tuntutan berlandaskan MA63 bukan bertujuan menguasai atau mendominasi mana-mana wilayah, sebaliknya menuntut pelaksanaan hak yang telah dipersetujui secara sah semasa pembentukan Persekutuan Malaysia.

Felix berkata, kenyataan segelintir pemimpin dari Semenanjung yang mempersoalkan tuntutan MA63 mencerminkan sama ada kejahilan terhadap sejarah atau kegagalan memahami asas penubuhan negara.

Katanya, polemik seperti itu hanya akan mengelirukan rakyat serta menjejaskan semangat persekutuan yang dibina atas prinsip keadilan dan kesaksamaan.

Sehubungan itu, beliau menggesa pemimpin di Semenanjung supaya lebih adil dan bertanggungjawab ketika mengulas isu berkaitan MA63.

Felix turut menekankan kepentingan pendidikan sejarah yang tepat kepada generasi baharu, khususnya mengenai kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan pengasas Persekutuan.

Dalam masa sama, beliau menyeru rakyat Sabah dan Sarawak supaya terus bersatu serta memperkukuh kesepakatan bagi memastikan hak dan kepentingan kedua-dua negeri dilaksanakan sepenuhnya.

“Perjuangan ini adalah demi keadilan serta kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia, bukan agenda perpecahan,” katanya.


Sumber: Info X, 3 Mac 2026

Ikuti kami di Whatsapp https://whatsapp.com/channel/0029VbBMcA2Id7nDqyjW4B1q

Related

UPKO 8664037529388736330

Post a Comment

emo-but-icon

Follow Us

Popular

Terbaru

Komen

Side Ads

Text Widget

Connect Us

item