Polis Kota Marudu tahan tiga suspek dipercayai membakar kabel untuk mendapatkan tembaga


KOTA MARUDU – Tiga lelaki tempatan ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel dalam satu serbuan di Kampung Tagas pada pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Simiun Lomudin berkata, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 21 hingga 25 tahun ditahan sekitar jam 10.30 pagi oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu.

Menurut beliau, serbuan dilakukan selepas pihak polis menerima maklumat daripada orang awam yang melihat suspek sedang membakar kabel dipercayai bagi mendapatkan tembaga.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas longgokan kabel yang telah dibakar serta sebuah kereta Proton Iswara yang dipercayai digunakan oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek berasal dari Kampung Bengkongan dan Kampung Ranau di daerah tersebut serta mempunyai rekod kesalahan lampau.

Hasil ujian saringan air kencing turut mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Dalam masa sama, pihak polis merakamkan penghargaan kepada orang awam atas kerjasama menyalurkan maklumat sehingga membawa kepada kejayaan tangkapan tersebut.

Orang ramai juga diminta untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah kepada pihak polis bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Sumber: Sabah Revolusi – 7 Mac 2026
Ikuti kami di Whatsapp https://whatsapp.com/channel/0029VbBMcA2Id7nDqyjW4B1q

Related

Sabah 1248413025280330283

Post a Comment

emo-but-icon

Popular

Terbaru

Komen

banner
item