Keputusan SPM 2025 Diumumkan, Semakan Bermula 31 Mac


Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 akan diumumkan kepada calon bermula 31 Mac 2026.

Seramai 413,299 calon telah menduduki peperiksaan tersebut di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Semakan Di Sekolah Bermula 10 Pagi

Bagi calon sekolah, keputusan peperiksaan boleh diperoleh secara terus di sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi pada hari pengumuman.

Sementara itu, calon persendirian pula boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar bagi mendapatkan keputusan.

Semakan Secara Dalam Talian Dan SMS

Selain mendapatkan keputusan di sekolah, calon juga boleh membuat semakan melalui dua kaedah lain:

1. Semakan dalam talian:
Layari laman rasmi
https://myresultspm.moe.gov.my

2. Semakan melalui SMS:
Taip SPM NoKP AngkaGiliran dan hantar ke 15888

Tempoh semakan bermula 31 Mac 2026 jam 10.00 pagi hingga 6 April 2026 jam 6.00 petang.

Harapan Kepada Calon SPM 2025

Kementerian Pendidikan Malaysia turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua calon yang menduduki peperiksaan tersebut.

Diharapkan kejayaan yang dicapai dapat menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang pendidikan serta masa depan masing-masing.

Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia, 9 Mac 2026

Ikuti kami di Whatsapp https://whatsapp.com/channel/0029VbBMcA2Id7nDqyjW4B1q

Related

Pendidikan 4109342171700931126

Post a Comment

emo-but-icon

Popular

Terbaru

Komen

banner
item