Jemaah Sabah Terkandas, Tunggu Ruang Udara Dibuka

KOTA KINABALU – Pembatalan dan penangguhan penerbangan susulan ketegangan melibatkan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran menimbulka...

KOTA KINABALU – Pembatalan dan penangguhan penerbangan susulan ketegangan melibatkan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan jemaah umrah yang kini terkandas di Mekah sejak Ahad.

Seorang jemaah, Nurfaizah Lokman, 33, berkata penerbangan pulang beliau bersama adiknya melibatkan dua sektor perjalanan iaitu Jeddah–Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur–Tawau.

Menurutnya, penerbangan yang dibatalkan akan diganti oleh Malaysia Airlines sebaik sahaja ruang udara dibuka semula.

“Pada awalnya kami gembira kerana dapat tinggal lebih lama di Mekah, namun dalam masa sama timbul rasa risau dan takut dengan situasi yang berlaku.

“Semua penerbangan dibatalkan dan ditangguhkan kerana ruang udara ditutup. Jika berlarutan, isu penempatan jemaah pasti menimbulkan kos yang tinggi,” katanya ketika dihubungi.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana pihak agensi umrah mengambil tanggungjawab menyediakan penginapan di hotel sama serta makanan sepanjang tempoh menunggu.

Nurfaizah yang berasal dari Lahad Datu mengakui pengalaman ini merupakan yang pertama buat dirinya. Beliau bersama adik serta rombongan lain kini menunggu arahan keselamatan lanjut bagi jemaah yang terkandas di Mekah dan Madinah.

“Kita hanya mampu berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah SWT serta mengambil hikmah atas kejadian ini. Mungkin ini peluang untuk beribadah lebih lama di Tanah Suci.

“Keluarga tidak perlu terlalu risau. Insya-Allah kami akan pulang dengan selamat apabila keadaan kembali stabil,” katanya.

Beliau turut berharap rakyat Malaysia mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan semua jemaah dapat kembali ke tanah air dengan selamat.


Sumber: Sabah Media, 2 Mac 2026

Ikuti kami di Whatsapp https://whatsapp.com/channel/0029VbBMcA2Id7nDqyjW4B1q

Related

Berita Sabah 689754734845015494

Post a Comment

emo-but-icon

Follow Us

Popular

Terbaru

Komen

Side Ads

Text Widget

Connect Us

item