Dari Sahabat Seperjuangan ke ‘Musuh Nombor Satu’
Hubungan antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang suatu ketika dahulu dilihat cukup rapat kini berubah menjadi dingin.
Muhyiddin mengakui beliau berasa janggal untuk duduk bersebelahan Hamzah di Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Larut itu menamakan beliau sebagai “musuh nombor satu”.
Presiden Bersatu itu menjelaskan bahawa ketidakhadirannya ke Parlimen minggu ini bukan semata-mata kerana mahu ponteng, sebaliknya faktor kesihatan serta situasi janggal tersebut.
Menurut beliau, Hamzah sepatutnya memahami kedudukannya selepas dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 13 Februari lalu dan memilih untuk berundur secara terhormat.
Terdahulu, kekosongan kerusi Muhyiddin di Dewan Rakyat mencetuskan pelbagai spekulasi. Namun, Hamzah tetap hadir dan mengambil tempat di blok pembangkang bersebelahan kerusi Presiden parti itu.
Kenyataan terbuka Hamzah yang mengisytiharkan dirinya sebagai penentang utama Muhyiddin dilihat memperlihatkan keretakan serius dalam kepimpinan parti berkenaan.
Sumber: Malaysia Gazette, 3 Mac 2026.
Ikuti kami di Whatsapp https://whatsapp.com/channel/0029VbBMcA2Id7nDqyjW4B1q
.jpg)