7 Ketua UMNO di Pitas Sertai Gagasan


PITAS – Tujuh Ketua Cawangan UMNO bersama Ketua PDM UMNO (BN) PDM Salimpodon telah mengisytiharkan penyertaan mereka ke Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN RAKYAT) dalam satu majlis yang berlangsung pada 1 Mac 2026 di PDM Salimpodon, Bahagian Pitas.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pitas, Ruddy Awah yang menyaksikan sendiri majlis berkenaan memaklumkan bahawa kemasukan tersebut melibatkan Ketua PDM UMNO (BN) PDM Salimpodon, tujuh Ketua Cawangan UMNO serta ahli parti mereka ke dalam PGRS.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas keterbukaan kepimpinan akar umbi itu untuk bersatu di bawah satu parti demi kelangsungan pembangunan dan kemajuan Pitas.

“Saya mengucapkan syabas, tahniah dan terima kasih atas keterbukaan ini. Marilah kita sama-sama berjuang di bawah satu parti demi kelangsungan pembangunan dan kemajuan Pitas yang kita sanjungi ini,” katanya dalam hantaran media sosial bertarikh 1 Mac 2026.

Menurut beliau, penyertaan baharu itu dijangka memperkukuh gerak kerja parti di peringkat akar umbi serta memastikan agenda pembangunan di kawasan Pitas dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berkesan.

Sumber: Hantaran media sosial Datuk Ruddy Awah, 1 Mac 2026.

Ikuti kami di Whatsapp https://whatsapp.com/channel/0029VbBMcA2Id7nDqyjW4B1q

Related

Sabah 4911760758845175953

Post a Comment

emo-but-icon

Follow Us

Popular

Terbaru

Komen

Side Ads

Text Widget

Connect Us

item