Warga Emas Pecah Skrin ATM

KUALA LUMPUR: Seorang tukang cat warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas empat pertuduhan memecahkan 13 skrin m...



KUALA LUMPUR: Seorang tukang cat warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas empat pertuduhan memecahkan 13 skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di tiga bank sekitar Jinjang, minggu lalu.

Tertuduh, Leong Kuen, 67, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan empat Majistret.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan khianat menggunakan batu dan tangan antara jam 8 pagi 16 Februari hingga 9.44 malam 17 Februari, menyebabkan kerugian RM45,183.20 kepada Maybank dan RM24,257.76 kepada RHB Bank.

Leong turut berdepan satu lagi pertuduhan kerana didakwa menumbuk panel penutup mesin deposit tunai di Maybank Jinjang Selatan sehingga menyebabkan kerugian RM800.

Semua kesalahan didakwa dilakukan di Public Bank, Maybank dan RHB Bank sekitar Jinjang Utara dan Jinjang Selatan, Kepong.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM14,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 serta 20 April ini untuk sebutan semula kes.

Sumber: Malaysiakini / Bernama, 26 Februari 2026

Ikuti kami di Whatsapp https://whatsapp.com/channel/0029VbBMcA2Id7nDqyjW4B1q


Related

AA Terkini 5961974695310768328

Post a Comment

emo-but-icon

Follow Us

Popular

Terbaru

Komen

Side Ads

Text Widget

Connect Us

item