Kayu Seludup Dirampas APMM

Cubaan menyeludup keluar hasil hutan di perairan Lahad Datu berjaya digagalkan dalam operasi penguatkuasaan malam tadi. Menurut Kupikupi FM...

Cubaan menyeludup keluar hasil hutan di perairan Lahad Datu berjaya digagalkan dalam operasi penguatkuasaan malam tadi.

Menurut Kupikupi FM (Info X), 26 Februari 2026, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot kayu yang membawa 24 batang kayu disyaki hasil curi tanpa permit sah.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, anggota Zon Maritim Lahad Datu mengesan dua bot tanpa nombor pendaftaran di kedudukan 0.5 batu nautika tenggara muara Sungai Sepagaya. Bot berwarna merah jambu dan hijau itu dikesan ketika rondaan Op PLUTO TIMUR 2/2013 dan Op TIRIS 3.0 hasil maklumat risikan.

Sebaik menyedari kehadiran pasukan penguat kuasa, kedua-dua bot berkenaan memecut laju sebelum melarikan diri ke kawasan paya bakau berhampiran.

Pemeriksaan lanjut menemukan empat batang kayu bakau dan 20 batang kayu potong di dalam bot terbabit. Semua kayu dipercayai dibawa tanpa kebenaran dan disyaki hasil curi.

Kes disiasat mengikut Enakmen Hutan 1968 kerana membawa hasil hutan tanpa permit sah serta Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki dan membawa barangan curi. Nilai keseluruhan rampasan termasuk dua bot dianggarkan sekitar RM8,000.

Semua kayu dirampas dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Lahad Datu untuk tindakan lanjut. Pihak APMM menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi terhadap sebarang pencerobohan sumber hutan dan jenayah maritim di perairan negara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah di laut diminta menyalurkannya kepada Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Lahad Datu menerusi WhatsApp 016-9305727 atau talian kecemasan 999 bagi tindakan segera.

Sumber: Kupikupi FM (Info X), 26 Februari 2026

Ikuti kami di Whatsapp https://whatsapp.com/channel/0029VbBMcA2Id7nDqyjW4B1q

Related

Berita Sabah 7380837460669786323

Post a Comment

emo-but-icon

Follow Us

Popular

Terbaru

Komen

Side Ads

Text Widget

Connect Us

item