Bakat istimewa Wan Rul Puppet, ventriloquist Sabahan dari Beaufort
Wan Rul Puppet merupakan pasangan kembar yang mempunyai bakat unik dan istimewa, iaitu 'ventriloquist' atau bercakap tanpa mengge...
https://www.anaksabah.blog/2020/02/bakat-istimewa-wan-rul-puppet.html
Wan Rul Puppet merupakan pasangan kembar yang mempunyai bakat unik dan istimewa, iaitu 'ventriloquist' atau bercakap tanpa menggerakan bibir. Mereka hanya menggunakan Puppet sebagai modal untuk menghiburkan penonton dengan Melontarkan suara ke puppet dan seolah puppet itu hidup dan dapat berkomunikasi dengan penonton.
Mereka bukan sahaja boleh bercakap malahan juga berkebolehan menyanyi dan membuat lawak serta boleh meniru suara artis sekurang-kurangnya 70 orang artis, samada dr luar ataupun dalam negara.
Antaranya, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham Sudirman, Ramli Sarip, Alleycats, Anuar Zain dan banyak Lagi.
Uniknya lagi, mereka tidak pernah menghadiri mana-mana kelas ventriloquist dan hanya mempelajarinya sendiri melalui laman sosial YouTube.
Mereka meletakkan Terry Fator sebagai idola mereka dalam dunia seni Ventriloquist.